Novel | |
- | Jalan ke Kota Bharu, Singapura: Qalam, 1956, 159 hlm. |
- | Budak Beca, Marang: H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1957, 173 hlm. (dua penggal), Penggal I, 98 hlm., Penggal II, 75 hlm. |
- | Cemburu Celik, Singapura: Geliga Limited, 1957, 19 hlm. |
- | Mencari yang Lari, Singapura : Geliga Limited, 1957, 108 hlm. |
- | Pengantin Baru, Singapura: Geliga Limited, 1957, 120 hlm. |
- | Pertemuan di Sungai, Singapura: Geliga Limited, 1957, 93 hlm. |
- | Putera Gunung Tahan, Singapura: Geliga Limited, 1957 (cetakan kedua), 113 hlm. (cetakan pertama 1937) |
- | Selayang Pandang, Singapura: Geliga Limited, 1957 – 1959, 209 hlm., (dua penggal), penggal I, hlm. 1-84, Penggal II, hlm. 85-209 |
- | Judi Karan, Singapura: Geliga Limited, 1958, 132 hlm. |
- | Mata-mata Sukarela, Singapura: Geliga Limited, 1959, 123 hlm. |
- | Anak Mat Lela Gila, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966 (cetakan ketiga), 131 hlm., (cetakan pertama 1941). |
- | Norita dan Kisah-kisah Kucing Hitam, Marang : H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1966, 212 hlm. |
- | Yang Miskin dan yang Mewah, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 120 hlm. |
- | Anak Dukun Deraman, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tanah, 1967, 222 hlm. |
- | Tijah Tukang Cukur, Marang: H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1967, 171 hlm. |
- | Satay Saloon, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tanah, 1968, 152 hlm. |
- | Sidang Serangga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 121 hlm. |
Cerpen | |
- | Segar, Singapura: Qalam, 1961, 188 hlm. |
- | Karangan Bunga dari Selatan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1963, 61 hlm. |
- | Rintisan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1964, 265 hlm. |
- | Senda Gila-gila (antologi bersama), Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1980, 124 hlm. |
- | Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1984, 218 hlm. |
- | Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433 hlm. |
- | Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985,339 hlm. |
Memoir | |
- | Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura: Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agency, 1975, 61 hlm. |
Umum | |
- | Pak Pandir Moden di Simpang-simpang Jalan, Kuala Lumpur: Karya Bistari, 1988, 86 hlm. |
- | Pepatah Petitih, Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1989 (Jilid I), 283 hlm. |
Bagi menghargai sumbangan serta jasanya terhadap kesusasteraan Melayu moden, maka pada 29 Jun 1973, Universiti Malaya telah menganugerahi beliau Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan. Pada 29 Mei 1976 pula, Ishak dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri Malaysia berserta hadiah wang tunai RM10 000.00 dan watikah penghargaan. Walau bagaimanapun, Pak Sako telah menolak anugerah “Budayawan GAPENA 1987” atas sebab-sebab tertentu. Ishak Haji Muhammad meninggal dunia pada 7 November 1991 ketika berusia 82 tahun di rumahnya di Kampung Bukit Raya, Kilometer 16, Jalan Hulu Langat, kerana diserang angin ahmar. Sebagai menghargai jasanya dalam mempelopori bidang kewartawanan, politik dan sastera, beliau dianugerahkan “Tokoh Kewartawanan Negara” pada 24 September 1995. Beliau merupakan tokoh ketika yang menerima anugerah tersebut selepas Tan Sri A. Samad Ismail dan Tan Sri Lee Siew Yee. Dan sebagai mengenangkan jasanya, Utusan Melayu sejak tahun 1992, telah mewujudkan “Hadiah Sako” untuk diberikan kepada penulis novel nasional yang terbaik. Hadiah ini berupa wang sejumlah RM30 000.00 dan watikah. Begitulah secara selayang pandang mengenai tokoh sastera yang terulung di negara ini iaitu Ishak Haji Muhammad atau nama penanya "Pak Sako".
Pak Sako Timbalan Penolong Pegawai Daerah yang mentadbir melalui penulisan.
ReplyDelete