Majlis Diskusi Novel merupakan satu majlis yang telah di anjurkan oleh Program Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dibawah subjek Novel Melayu yang di kelolai oleh pensyarah En. Che Abdullah bin Che Ya. Majlis ini diadakan bagi membicarakan setiap karya novel dan karya novel telah dipilih dan diberi tugasan kepada setiap pelajar untuk menganjurkannya dan membicarakan tentang karya. Setiap minggu, pada hari selasa bertempat di Makmal Pengajian Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu(PPBKM), aras 5 FSSK, UKM, jam 12.00 tgahari, majlis akan bermula. Syukur alhamdulillah, selama penganjuran majlis ini, sambutan daripada hadirin yang datang sangat memberangsangkan. Selain hadirin pendengar, penulis dan penghasil serta rakan pena penulis juga turut menghadirkan diri ke majlis ini biarpun majlis ini diadakan secara kecil-kecilan. Kehadiran penulis, penghasil karya dan rakan pena penulis ini sebenarnya telah memberi peluang dan ruang kepada kami untuk mengenali mereka dengan lebih rapat, mencungkil segala pengalaman mereka yang jauh lebih berpengalaman dengan lebih dekat dan mendalam serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara rakan pena penulis atau penghasil novel dengan mahasiswa Persuratan Melayu, UKM. Alhamdulillah, saya dan dua orang lagi sahabat iaitu saudari Asma Azman dan Nurushuhada telah di beri amanah dan tanggungjawab untuk menganjurkan satu majlis diskusi novel pada 19 Oktober 2010. Novel "Lentera Mustika" karya Puan Nisah Hj Haron telah menjadi novel anjuran kami untuk didiskusikan oleh para panel pembentang. Alhamdulillah, Majlis kami berjalan dengan lancar dan kehadiran para hadirin jua turut memberangsangkan. Puan Nisah Hj. Haron dan sahabat penanya turut hadir ke majlis ini. Seramai tiga orang ahli panel pembentang telah menganalisis karya novel "Lentera Mustika" ini dengan analisis dan pendekatan yang berbeza sehinggakan para hadirin terpesona dengan hasil pembentangan dan analisis novel yang telah di bicarakan oleh mereka. Puan Nisah hj Haron juga telah memberi komentar yang sangat berguna kepada audien dan para pembentang bagi memajukan diri dalam bidang penulisan novel dan bidang penulisan kreatif yang lain. Sebagai penganjur, inilah julung-julung majlis yang saya rasa telah memberi berbagai-bagai input yang berguna kepada saya dan mahasiswa Persuratan Melayu sekalian dalam usaha untuk memajukan diri dalam bidang penulisan karya novel secara khususnya dan juga bidang penulisan kreatif yang lain. Majlis ini menjadi satu lakaran kenangan yang paling indah buat saya dan kumpulan saya. Penganjuran aktiviti sebegini amat wajar diteruskan kerana ia memberi satu reaksi yang positif oleh pihak atasan, bawahan, para pendengar dan rakan pena penulis sekalian.
"Hidup Persuratan Melayu UKM!!"
( "Memartabatkan seni kesusasteraan sebagai identiti keperkasaan pemikiran bangsa Melayu")
No comments:
Post a Comment